Thursday, March 11, 2010

CUKA EPAL REDAKAN SELSEMA BABI ( INFLUENZA A H1N1) ??

Malam kelmarin lepas balik dari minum dengan keluarga jam 11 malam saya rasa hidung sempit. Saya beritahu orang rumah dah mula dah. Yang saya maksudkan ialah saya mungkin mula mengalami sejenis infeksi respiratori bahagian atas.


Sampai di rumah, saya bancuh 1 sudu besar apple cider vinegar (cuka epal, ACV) dengan ½ cawan air. 5 minit lepas tu saya rasa reda dan sihat seperti biasa.

Pelik?


Lepas subuh tadi saya search sesuatu mengenai selsema babi dan saya dapati dalam sebuah forum beberapa orang membincangkan mengenai keberkesanan ACV dalam merawat selsema babi. Beberapa orang yang mula mengalami simtom-simtom asas selsema atau demam sejuk telah mengambil 2 sudu besar ACV yang dibancuh dengan air (saya cadangkan 1-2 sudu besar

dengan 1/2 cawan air mineral 3 X sehari).


Selepas mengambil dos yang pertama beliau sudah merasa reda. Kemudian, dos yang sama diulang 3-4 jam selepas itu. Beberapa jam selepas itu beliau rasa sihat seperti biasa.

Bagaimana ACV membantu meredakan demam selsema? ACV sepertimana oren walau pun masam dipercayai membantu alkalaniza tubuh. Virus hidup dalam persekitaran yang berasid. Pengambilan ACV menyebabkan keasidan tubuh meningkat di mana menghasilkan persekitaran yang tidak sesuai untuk kehidupan virus.


Beberapa tahun dulu ketika mula-mula internet muncul saya mengikuti perkembangan bagaimana penghidap-penghidap HIV/AIDS meredakan virus dalam tubuh. Menurut sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang penghidap, beliau telah minum sebotol cuka epal sekali gus dan mendapati nisbah CD4 dan CD 8 meningkat.


CD4 atau T4 ialah sejenis T killer cell berperanan memberi isyarat kepada jentera sistem kekebalan apabila berlaku infeksi. CD8 pula berperanan menghentikan fungsi sistem kekebalan setelah tubuh berjaya menumpaskan organisme penyerang. Nisbah C4 kepada CD8 normal ialah antara 1 dan 4 manakala kepada mereka yang mengalami infeksi HIV nisbah didapati kurang dari 1.


Virus HIV dipercayai paling tinggi jumlahnya dalam perut dan usus. Jadi pengambilan ACV dipercayai membunuh virus HIV secara langsung selain dipercayai membantu meningkatkan daya pertahanan badan (sistem kekebalan). Walau bagaimana pun, sifat kehidupan virus HIV tidak serupa dengan virus-virus parasit lain termasuk viru selsema. Ia melemahkan tubuh seseorang dengan pelbagai mekanisme termasuk menggunakan sel darah putih CD4 untuk membiak dan kemudian membunuh sel tersebut. Selain itu ia juga menawan sel-sel sistem saraf.


Kesimpulan dari penggunaan ACV secara empiris oleh penghidap HIV menunjukkan ACV dipercayai bertindak membantu meningkatkan keupayaan sistem kekebalan. Oleh itu fenomena yang serupa dipercayai berlaku terhadap mereka yang mengalami infeksi seperti dijangkiti virus selsema termasuk selsema babi.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis herba yang dipercayai dapat membantu meredakan demam selsema termasuk selsema babi. Putrawali (brotowali, patawali), kulit batang langsat (dan yang sebangsa dengannya seperti duku dan dokong), daun betik, Mambu (Neem) dan Hempedu Bumi.


Sayura-sayuran dan buah-buahan (yang saya kategorikan sebagai herba juga selama ini) seperti saderi, parsli, epal, oren, limau juga boleh membantu.


Gaya hidup pun penting sebenarnya. Orang yang makan secara berlebihan, suka makan/minum makanan bergula mempunyai sistem kekebalan yang lemah. T killer cells dikatakan menjadi lemah selama lima jam selepas seseorang minum minuman yang mengandungi (gula) sukros yang tinggi. Anda bayangkan bagaimana keadaan orang yang mengalami diabetes yang tidak dikawal secara sempurna?


Mereka yang mengalami stress berpanjangan juga lebih mudah mengalami infeksi kerana stres mengakibatkan sistem kekebalan menjadi lemah.


Berbalik kepada konsep alkalinity/asiditi tubuh dan perubahan pH berpunca dari pengambilan bahan-bahan tertentu. Konsep ini hanya diadopsi oleh sesetengah pengamal penjagaan kesihatan alternatif dan ia tidak diterima pakai oleh mereka yang terlibat dalam bidang perubatan moden dan saintis-saintis moden. Secara semulajadi pH tubuh sentiasa berada pada julat yang sangat kecil iaitu sekitar pH 7.4 (7.35 – 7.45). Kurang dari 7.35 dipanggil acidosis manakala lebih dari 7.45 dipanggil alkalosis.


Tubuh menggunakan beberapa mekanisme dalam mengawal pH darah seperti mekanisme pernafasan, buffer (bicarbonate, asid karbonik, protein, phosphate) serta tindakan buah pinggang. Kalau ditinjau dari sudut biokimia moden, konsep keasidan yang digunapakai oleh sesetengah pengamal alternatif sukar diterima. Walau bagaimana pun, saya melihat isu ini dari sudut bagaimana bahan-bahan tertentu atau keadaan tertentu yang dialami oleh tubuh manusia pada satu-satu masa yang menyebabkan tubuh menjadi berasid.


Jawapannya mungkin ada pada radikal bebas. Radikal bebas tidak mempunyai cas tetapi kehadirannya dalam tubuh pada kadar yang tinggi seperti berpunca dari makan secara berlebihan, paras glukos darah tinggi, mengambil alkohol secara berlebihan, hisap rokok pada kadar yang tinggi, stress secara berpanjangan, biasa makan ubatan moden, nutrien dalam tubuh tidak seimbang, mengalami penyakit kronik akan menyebabkan tubuh menjadi ‘berasid’. Paras radikal bebas yang tinggi jika tidak ditangani menyebabkan ia menyerang molekul-mokelul dalam tubuh rosak dan bahan baru yang terhasil kebanyakkannya dipercayai bersifat asid.

Pengamalan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan tubuh menjurus kepada katabolisme iaitu suatu cabang kepada metabolisme di mana sel-sel tubuh menjadi reput. Hasil bahan pereputan berasid. Asap rokok berasid. Ethanal (acetaldehyde) hasil pengsoksidaan ethanol (dari arak) ialah sejenis molekul reaktif. Apabila ia menyerang molekul-molekul lain, ia menghasilkan molekul-molekul yang rosak akibat serangan juga dipercayai bersifat asid.


Molekul-molekul makro yang berada dalam kitaran darah hasil makanan tidak hadam dengan sempurna berasid. Organ-organ tubuh termasuk hati, buah pinggang dan kulit yang tidak mengnyah toksin secara cekap juga menyebabkan tubuh mengandungi bahan-bahan buangan berasid yang tidak diperlukan tubuh. Biasa mengalami sembelit, kerap diarea juag menyebabkan tubuh mengandungi bahan-bahan berasid. Sifat asid bahan organik dilihat dari segi kesan induktik yang berlaku pada setiap molekul.


Bahan-bahan berasid tersebut yang rata-rata terdiri dari bahan-bahan organik memang tidak mengubah pH plasma. Tetapi................tetapi bahan-bahan tersebut serupa dengan sampah sarap dalam alam sekitar yang mengundang kepada agen-agen pereputan seperti bakteria, yis dan virus. Jadi, bahan-bahan berasid berpunca dari gaya hidup dan keadaan tertentu menjadi kegemaran mikroorganisme untuk hidup.


Walau bagaimana pun, pengamalan gaya hidup holistik, pemakanan yang sesuai dengan jenis metabolik seseorang boleh membantu mengurangkan bahan-bahan beasid yang disebutkan. Jadi, pengambilan herba-herba tertentu (selain memang sifatnya dikenalpasti sebagai antiviral) termasuk ACV dipercayai dapat mengurangkan keasidan yang berpunca dari bahan-bahan yang disebutkan. Mekannismenya tidak diketahui. Mungkin membantu meningkatkan keupayaan tubuh menyahtoksin, mungkin juga gabungan acetate dari ACV dengan bahan-bahan organik berasid menyebabkan sifat bahan yang terbentuk menjadi lebih beralkalina.


Mereka yang mengamalkan gaya hidup seperti disebutkan dipercayai mengalami rasa masam dalam mulut. Sesetengahnya mengalami sakit gusi dan pereputan gigi (menunjukkan tulang juga berpotensi mengalami atau sedang mengalami osteoporosis). Selain dari gaya hidup yang disebutkan banyak jenis makanan dipercayai menyebabkan tubuh menjadi berasid seperti biasa makan junk food, makanan/minuman terproses (biskut, aiskrim), daging pada kadar yang tinggi, kurang/tidak makan sayur. Pengamal yang menganut mazhab asiditi/alkaliniti tubuh menyenaraikan makanan-makanan yang samada meningkatkan pH atau mengurangkan pH.


Saya pula berfahaman bahawa setiap orang sesuai makan makanan yang diperlukan oleh jenis metabolik yang dimiliki oleh setiap individu. Makanan yang sesuai untuk saya mungkin tidak sesuai untuk orang lain dan sebaliknya. Jadi, keasidan/kealkalinan tubuh seseorang dipengaruhi oleh jenis makanan yang diambil selain gaya hidup yang dijalani. Untuk mengetahui makanan-makanan yang sesuai dengan jenis metabolik seseorang sila baca buku saya KAWAL BERAT BADAN.


PERHATIAN: Jika anda mengalami simtom-simtom selsema babi terutama mengalami sesak nafas sila dapatkan perhatian dan rawatan doktor. Dalam kadaan seseorang di bawah sistem penjagaan perubatan moden, suplemen dan herba yang dicadangkan dalam coretan ini berfungsi sebagai bahan-bahan komplementari sahaja.

Mereka yang baca coretan ini juga biasanya perlu baca coretan berikut:

Epal Hijau & Jus Oren bantu Rawat Selsema Babi (Influenza A H1N1)?

P/S Cuka biasa (buatan kilang) dan cuka beras dikatakan menyebabkan tubuh menjadi lebih berasid. Jika tiada pilihan saya cadangkan ia diambil dengan jus tertentu seperti lobak putih, broccoli, dan kalian.

P/S2 Pengambilan minyak hati ikan kod (2-3 sudu besar sehari) juga penting ketika ambang mengalami selsema atau sedang mengalami selsema. Ia bersifat membantu meningkatkan sistem kekebalan dan antikeradangan.

S. Bahrain, RH (AHG)

Herbalis profesional ditauliah oleh American Herbalists Guild

SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com



Thursday, March 4, 2010

MADU ASLI DAN CUKA EPAL

Madu asli cuka yang mempunyai testimeni nutrien beberapa ratus tahun dapat membantu kita untuk membakar makanan yang kita sudah telan. Makanan itu kemudian akan ditukar menjadi bahan tenaga. Maka ia amat sesuai untuk tujuan pelangsingan. Bila anda menjadi letih, badan anda akan menghasilkan asid laktik dan pada masa yang sama menjadikan darah dan bendalir badan menjadi kurang berasid. Produk ini juga bagus untuk tujuan menyerikan kulit dan mengurangkan keletihan; dan kulit anda akan kembali lembut lagi segak.

Kita harus menggunakan kaedah yang baik untuk mengurangkan berat badan dengan memelihara keayuan dan kesihatan anda. Cuka yang diaduan dengan madu liar yang tulen boleh mengeluarkan rasa yang cukup sedap sekali yang tidak akan mencederakan usus perut kita. Ia boleh mencantikkan kulit dan amat bermanfaat untuk tujuan pelangsingan.

Madu asli cuka :Minuman yang sihat untuk melangsingkan berat badan pada masa sekarang.

Madu asli cuka diperoleh dengan campuran madu asli dengan asid buah-buahan (asid epal).

• Cuka
Seperti yang disebut di atas, cuka dapat mengekalkan kesihatan, menceriakan kulit, meneutralkan asid badan, membakar lemak badan yang berlebihan dan membantu pergerakan usus perut .

• Madu asli
Mengandungi pelbagai khasiat yang bernilai dan dapat membantu penyerapan ubat traditional ke dalam sel-sel badan.

Kedua-dua digabungkan – Madu Asli Cuka.

Jikalau selalu minum madu asli cuka, keistimewaan cuka dan madu asli seperti yang sebelum ini dapat dikenali dengan mudah.

Rasa cuka yang masam juga tidak mudah diterima olehsetiap orang sekiranya anda ingin menjaga kesihatan dengan minum cuka. Akan tetapi, cuka buah-buahan terutamanya cuka epal yang tulen dicampur dengan madu asli yang dapat memelihara kesihatan. Campuran ini akan dapat menghasilkan minuman penjaga kesihatan dan pemeliharaan kecantikkan yang sedap.

Madu asli cuka mengandungi 30% asid epal dan 70% madu asli.

• Ia dapat membantu kita untuk menjernihkan darah, meleraikan paras kalori dan gula secara efisien agar badan kita sanggup mengelakkan penyakit darah tinggi.
• Melindungi organ hati anda daripada keracunan arak dan merangsang fungsi organ hati.
• Ia dapat mempergiatkan metabolisme organ-organ internal badan kita, menghapuskan elemen toksik (racun) dan sembelit (konstipasi).
• Ia dapat mengelakkan halitosis atau nafas yagn busuk yang disebabkan oleh kumuhan asid gaster (perut) yang berlebihan.
• Ia dapat mengalir keluar deposit lemak dan mengurangkan berat badan yang berlebihan dengan
sekaligusnya.

Monday, March 1, 2010

PERIHAL CUKA....

"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja

Nabi Muhammad (saw) suka kepada cuka.

Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah sos yang baik. "

Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah".

Naf'a berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir."
[Muslim, Abu Dawud, Nasa'i]

Sebaik sahaja anda mengambil cuka epal, ia akan mula menghilangkan kelesuan. Anda boleh merasakannya hanya dalam masa dua jam.


Anda boleh melakukan ujian sendiri, selepas dua jam minum cuka epal air kencing anda akan lebih jernih. Anda juga boleh melakukan ujian menggunakan kertas litmus (kertas yang digunakan untuk menguji tahap pH). Sebelum minum cuka epal, air kencing anda akan lebih berasid, tapi selepas minum cuka epal air kencing anda akan lebih beralkali.


Fungsi hati dalam badan kita adalah untuk melarutkan bahan beracun yang terhasil dalam tubuh kita, jadi kita harus memastikan hati bekerja dengan baik. Daging, ikan, telur, minyak kelapa, hijau, cuka, dan makanan berzat lainnya bertindak seperti ubat untuk hati.

Setengah ahli perubatan di Timur percaya bahawa tekanan perasaan adalah hasil dari hati yang tidak sihat. Cuka epal adalah ejen detoksifikasi dan membersihkan organ hati.

Sejak berkurun lamanya, oxymel-kombinasi cuka epal dan madu - telah secara meluas digunakan untuk melarutkan deposit kalsium yang menyakitkan dalam tubuh, untuk sakit sendi seperti arthritis dan masalah kesihatan lain seperti demam jerami (hay fever).